Umum ramai yang ketahui tentang berita sedih ini. Pemergian Allayarhamah Syazlin Zainal semalam ternyata mengejutkan ramai pihak termasuk ahli keluarga dan beberapa rakan selebriti termasuklah pelakon Hun Haqeem. Menerusi satu hantaran di IG Stories, Hun, 22, menyifatkan Syazlin sebagai seorang yang tidak lokek dengan senyuman setiap kali mereka berada di set lokasi penggambaran.
Katanya lagi, “Dia selalu senyum sahaja ketika di set penggambaran, sangat fokus pada kerja, selalu mahu berikan yang terbaik setiap hari dalam lakonannya. “Berita pemergiannya amat mengejutkan, semoga tenang di sana, doa saya sentiasa mengiringi awak,” kongsi Hun.
Selain Hun, seorang lagi aktres yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham menerusi sebuah drama, Sharifah Shahora turut menitipkan doa buat Syazlin. “Dia sopan, baik dan sangat berbakat. Dapat mesej daripada dua adik saya mengenai Syazlin sudah tiada, amat mengejutkan. “Walaupun jarang jumpa tapi kami sering bertegur di Instagram. Al Fatihah buat Syazlin, semoga ditempatkan bersama orang yang beriman,” ujarnya.
Shahora berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya. Menjengah ke ruangan balas, ramai rakan selebriti lain yang turut menitipkan doa dan ucapan takziah kepada Allahyarhamah, antaranya Dynas Mokhtar, Lizza Abdullah dan Maria Tunku Sabri. Sumber, gempak
Pelakon drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal dilaporkan pergi menghadap ilahi pada usia 26 tahun petang tadi. Berita mendukakan tersebut dikongsikan sahabat dan juga sepupunya menerusi media sosial sebentar tadi. Menurut perkongsian rakannya dalam Instagram, Zeatyalia tidak akan mendedahkan punca pemergian pemilik nama penuh Syazlin Suhaizan Zainal
Katanya “Saya tidak akan berkongsi apa-apa kenyataan (terutama kepada media) sebab pemergian untuk menghormati privasi keluarga Syazlin. “Saya kehilangan rakan pada hari ini dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan perasaan diri saya sekarang. “Kepala saya sangat serabut untuk memahami perkara ini. Sedekahkan al-Fatihah untuk Syazlin Zainal,” tulisnya dalam InstaStory.
Perkhabaran mengejutkan itu juga dikongsikan oleh sepupu Syazlin, Trisya Azahar menerusi Twitter yang meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham buat kali terakhir. “Mohon doakan untuk sepupu saya, Syazlin Zainal. Semoga Alin tenang di sana dan syurga buatmu. Baru sahaja kita berhubung untuk berjumpa. Al-Fatihah,” ciap Trisya.
Syazlin difahamkan meninggal dunia di Johor bagaimanapun punca pemergian masih dalam siasatan. Sementara itu, ramai juga rakan artis menzahirkan ucapan takziah dan meninggal komen dalam Instagram anak seni yang juga dikenali menerusi drama Sitik Tok tersebut. “Allahuakbar,” ujar Nadia Brian pendek. “Al-Fatihah. Kami akan merindui awak, Alin (nama panggilan). Rehatlah sepuas-puas,” tulis Anna Jobling. “Innalillahiwainalillahirojiun. Pergi terlalu awal,” tutur Scha Elinnea.
Syazlin juga pernah membintangi dalam beberapa drama seperti Takdir Yang Tertunda, Potong, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan Ada Yang Ngikut. Sumber, KOSMO! ONLINE