Anak tak sihat masa hari jadi ke 8 tahun, terkejut ini keadaan terkini Aisyah buat ramai yang mendoakan

Siapa yang tidak kenal dengan anakdara Rozita Che Wan atau Che Ta, Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering menuai perhatian ramai apabila beraksi persis seorang model dalam mana-mana sesi fotografi bersama ibunya. Sekadar info, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah kini berusia tujuh tahun. Pelakon Rozita Che Wan memaklumkan anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana disahkan positif Covid19 pada Selasa. Kata Rozita atau Che Ta, 49, Aaisyah dijangkiti v.irus berkenaan pada ulang tahun kelahirannya yang kelapan pada 1 November 2022.

Sebagai ibu, Che Ta turut memberitahu dia tidak sanggup melihat anak kesayangannya itu terbaring lemah kerana sedang menanggung kesakitan akibat wabak tersebut. “Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana, tetapi kesian sayang mummy kena Covid 19,” katanya. Perkara itu dikongsikan Che Ta menerusi Instagram miliknya. Dalam pada itu, Che Ta berazam untuk mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran anaknya secara besar-besaran apabila Aaisyah sudah sembuh nanti. “Dah sihat nanti kita sambut allout ya sayang. Kita buat dekat Lantera Venue tau,” ujarnya. Pengikut pelakon itu turut mendoakan kesembuhan Aaisyah sekali gus mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.

Reaksi Orang Ramai. “Alahai kesian, semoga cepat sembuh baby girl. Happy brithday!. “Pertama kali kena ya? Kesian Aaisyah. Semoga cepat sembuh. Happy birthday princess. Semoga cepat sihat. Princess kuat okay. Mummy dia dapat Covid19 juga ke?,” antara komen warganet. Tindakan pelakon Rozita Che Wan membenarkan puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana bersolek pada usia masih kecil menimbulkan rasa kurang senang dalam segelintir warganet. Enggan membiarkan pelbagai tohmahan dan kecaman dilemparkan terhadap diri dan keluarga, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tampil menyuarakan kemarahan di Instagram (IG).

Tegas Che Ta, Aaisyah memang suka bersolek dan melaram kerana itu adalah hobinya. Tolong dengar! Awak tak nak siapkan anak awak itu masalah awak! Anak saya memang suka bersiap! Tak akanlah dia nak melaram kami nak larang? Contoh anak awak suka melukis, tak akan awak nak marah dia melukis? Anak saya memang suka pakai alat solek dan suka melaram. Nanti kalau marah, dia melalak, merajuk. Dah satu kerja saya nak pujuk tak pasal-pasal! Tambah pelakon berusia 49 tahun ini, kesukaan dan minat anak perempuannya itu diwarisi daripada dirinya yang sejak dari dahulu suka berhias cantik.

Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar turut menasihati orang ramai agar tidak menjaga tepi kain orang lain. Kalau tak meletup nanti awak kata kita tak pandai jaga anak. Bila letup sangat pula, awak kata tak kasihankah zaman budak-budak itulah inilah. Macam awak dulu masa kecil-kecil suka mandi sungai. Mak Pak larang pun awak pergi terjun sungai juga bukan? Gitulah anak kami. Jagalah anak awak sendiri, sibuk jaga anak orang. Anak sendiri kelaparan. Hampa nak Aaisyah ni duduk dalam guakah? Terdahulu, Che Ta dan aktor Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24. Kredit, Mstar/IG. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.