Umum mengetahui, pelakon Lisa Surihani dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim telahpun berada di tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama.
Kongsi Foto Berpakaian Ihram
Terkini, Lisa mencuri perhatian menerusi beberapa foto yang dimuatnaik di media sosial, yang menunjukkan Lisa dan Yusry lengkap berpakaian umrah ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. “لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْك…”-kapsyen ringkas Lisa di Instagram
Dibanjiri Doa Peminat & Rakan Artis
Rata-rata peminat dan rakan selebriti dilihat menitipkan doa buat pasangan suami isteri ini agar memperoleh umrah yang mabrur, malah ada yang turut terpesona dengan wajah Lisa yang sangat bersih biarpun tidak mengenakan sebarang mekap.
“Umrah Mabrur @lisasurihani.”-Shah Rezza. “Bersih sebersih-bersihnya air muka mu wahai Lisa. Moga ada rezeki untuk ku sekeluarga ke sana, Aminn..“Apalah agaknya ya kebaikan yang Yusry lakukan sehingga Allah SWT kurniakan isteri yang solehah, cantik jelita & begitu menjaga agamanya. “Semoga mendapat umrah maqbulah, ibadah yang sempurna dan diterima Allah.” Sama-sama kita doakan agar Lisa dan Yusry memperoleh umrah yang mabrur..Aminn.
Penampilan terbaru Lisa Surihani dapat pujian ramai, sekali dia dedah dah malas nak fikir pasal make up
Ramai yang tahu pasal penghijrahan Datin Lisa Surihani yang kini tampil menutup aurat sepenuhnya. Malah penampilan terkininya sering mendapat pujian daripada warganet dan tidak kurang juga yang suka melihat wajah Lisa yang lebih natural tanpa sebarang make up yang dikenakan. Menurut Lisa, dia akui sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana. “Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai. “Kalau ada komen warganet yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa nak pasti berkenaan itu. “Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu mengunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.
Lisa ditemui ketika sesi pelancaran musim terbaharu program Next To Neelofa yang bertempat di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini. Lisa yang juga merupakan salah seorang tetamu jemputan dalam program yang dihoskan oleh usahawan popular, Neelofa itu turut berkongsi mengenai cara melatih dirinya untuk terus beristiqomah. “Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah, walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama. “Apabila bercerita mengenai Istiqomah,itu bukan perkara mudah, hati kita sentiasa berbolak balik namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain. “Insyallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipemudahkan. “Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin, tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya.
Komen warganet:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, gempak.com. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.