SUSULAN penularan video memaparkan aksi tak elok dikatakan mirip wajah Ismail Izzani, ibu kepada penyanyi berkenaan menjadi sasaran kritikan warganet di media sosial. Rata-rata menyalahkan ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam, 57, yang didakwa tidak pandai menjaga anak selain memintanya menegur penyanyi berkenaan memandangkan ini bukan kali pertama dia terlibat dalam kontroversi. Tidak mampu lagi berdiam diri, Suliza dilihat membalas komen biadab warganet yang disifatkan sebagai seronok mengtk dan melemparkan benda tak elok terhadap dirinya dan keluarga.
Suliza memberitahu hanya Allah mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan manusia dan bukannya menerusi kata-kata orang lain. “Nak, kamu nanti belum tahu juga, kan? Mengata anak orang memang seronok. Pengakhiran hidup siapa-siapa belum tentu. “Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah. Fahamkan itu ya,” katanya. Terdahulu, nama Ismail, 22, menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan individu dalam video yang tak elok dengan seorang wanita berpakaian mencolok mata di sebuah kelab.
Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat bermesara sambil menari dan kemudian pipi dan leher seorang wanita. Dalam pada itu, Suliza yang juga penyanyi era 1980-an memberitahu dia menghargai segala teguran dan mendoakan warganet agar Allah menjaga aib mereka. “Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan daripada segala aib dan musibah,” ujarnya. Sementara itu, warganet masih meluahkan rasa tidak puas hati dan tinggalkan komen sarkastik berhubung kontroversi melanda Ismail di Instagram Suliza.
“Nak bertanya, Mail dah kena rotan belum? Sudah-sudahlah back up anak, benda sangat jelas,” komen warganet. Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Ismail berhubung isu tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab. Ini bukan kali pertama nama penyanyi lagu Luar Biasa mencetuskan kontroversi malah pernah mencetuskan kemarahan peminat apabila pernah berpelukan dengan seorang rakan artis senior pada 2018.
Sumber, MSTAR ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.