Syamsul Yusof dedah gambar di depan cermin, kini ramai yang beri komen atas penampilan terbarunya

Penampilan baharu pelakon dan pengarah terkenal Malaysia menjadi perhatian warganet kerana beliau memuat naik satu gambar di Inst.gramnya semalam yang seakan-akan dengan pelakon luar negara.

Syamsul Yusoff tampil dengan sut serba hitam dan rambut panjangnya disisikan kebelakang dengan rapi dengan menangkap gambar dirinya dihadapan cermin dengan bergaya. Beliau tampil dengan gaya lain dari dirinya yang sebelum ini yang menampakkan beliau kelihatan smart dan stylo.

Macam J0hn Wick Atau Genji?

Rata-rata peminatnya memberi komen yang mengatakan beliau seolah-olah macam John Wick, ada yang mengatakan macam Genji iaitu pelakon Jepun. Peminatnya memberi komen terhadap penampilannya dan memberi respon yang baik terhadap dirinya.

Sekadar info, Syamsul Yusoff atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis, penerbit, dan penyanyi Malaysia. Beliau terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi dan seram sehingga berjaya mencipta rekod sebagai Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 25 tahun. Beliau ialah anak kepada pengarah tersohor negara yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam. Sumber, Awattsyeikh.com

Syamsul Yusof dedahkan ladang durian musang king miliknya, sekali ini respon warganet

Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof tampil mendedahkan sisi lain kehidupannya yang jarang dipaparkan kepada umum. Berdasarkan sebuah perkongsian di TikTok miliknya, Syamsul dilihat sedang bergiat aktif mengusahakan ladang dusun durian jenis mahal iaitu Musang King.

“Melawat ladang… Mudah-mudahan Allah SWT izin,” tulisnya beserta tanda pagar musang king. “Bijak Guna Duit Beli Tanah, Bukan Main Saham” – Warganet

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terpegun melihat suami kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menceburi bidang baharu selain daripada kehandalannya dalam mengarah filem. Malah, ada juga dalam kalangan pengikutnya yang kagum dan memuji tindakan Syamsul kerana melaburkan wangnya dengan menjadi seorang petani. Difahamkan ladang dusun durian selebriti ini terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Video boleh ke Tiktok Syamsul Yusoff @syamsulyusoffilm. Sumber, XTRA & Awattsyeikh.com

Penerbit umumkan tiada Syamsul Yusof dalam Prekuel Mat Kilau, Tak boleh berdiam ini pula respon dari tuan badan

Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, sahkan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem tersebut. Bakal memulakan penggambaran sama ada akhir tahun ini atau awal 2023, Abdul Rahman berkata, dua pelakon utama Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy juga tidak terbabit dalam produksi tersebut. “Ketiadaan Syamsul disebabkan kami ingin memberi peluang kepada pengarah lain untuk memberikan sentuhan. Kami mahu mereka berkarya bersama Studio Kembara untuk memeriahkan lagi industri. “Filem itu juga tidak akan membabitkan watak yang dilakonkan Adi Putra dan Beto. Berdasarkan jalan cerita, karakter mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel ini. Hanya ada beberapa pelakon yang kami kekalkan. Hanya itu yang dapat saya cakap buat masa ini,” katanya. Ditemui pada majlis apresiasi dan santai bersama media di sini, tengah hari tadi, Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Syamsul dan dua pelakon terbabit seperti yang disangka ramai.

“Saya tiada masalah dengan mereka, cuma masing-masing sudah lama tidak berkomunikasi disebabkan sibuk. “Lagipun kami profesional. Benda tidak ada apa-apa, kenapa nak dijadikan isu? Kena ada kematangan dalam melihat perkara ini. Saya tiada masalah dan saya fikir, mereka juga begitu,” katanya. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu melakar sejarah tersendiri apabila meraih kutipan RM97 juta meliputi tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Pencapaian cemerlang itu sekali gus mengatasi semua filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Furious 7, Spiderman dan Transformers untuk kutipan tiket di Malaysia. DUA pelakon utama dan pengarah Mat Kilau disahkan tidak terlibat dalam prekuel filem tersebut yang dijangka memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini atau awal 2023.

Pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, tidak terkejut apabila namanya disahkan tidak terbabit sebagai ‘tunjang utama’ untuk mengarahkan prekuel filem Mat Kilau yang bakal diterbikan Studio Kembara, tahun depan. Syamsul dihubungi berkata, dia sebenarnya sudah tahu mengenai perkara itu dari awal lagi kerana ada ura-ura tempatnya digantikan oleh pengarah lain. Jelasnya, dia okey dan melihat positif untuk industri. “Pada saya, ini satu langkah yang baik juga sebenarnya. Sebab, kita tahu ada ramai lagi pengarah di Malaysia ini yang berpotensi dan mungkin tidak mendapat lagi peluang itu, kerana bagi saya setiap pengarah pasti ada ‘trademark’ tersendiri, gaya persembahan tersendiri. “Saya pun sebelum ini memang teringin nak buat filem epik dan Alhamdulillah, saya dah buat filem Mat Kilau berjaya, syukur Alhamdulillah. Jadi, saya rasa kepada pengarah lain yang belum mendapat peluang, bagi saya ini langkah yang bagus.

“Ia peluang baik yang mereka berikan untuk pengarah itu menunjukkan ‘skill’ pengarahan dan penulisan yang berbeza dari gaya persembahan saya,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Syamsul, semoga dengan pasukan dan pengarah yang baharu, filem prekuel Mat Kilau atau filem-filem epik lain yang Studio Kembara nak hasilkan selepas ini berjaya. Katanya, ia langkah yang amat baik juga supaya ada warna-warni dalam industri filem Malaysia. “Mungkin akan ada kekurangannya juga jika saya yang masih buat (arahkan) filem prekuel Mat Kilau itu. Sebagaimana kita tengok filem luar negara seperti Fast and Furious dan Mission: Impossible, penerbitnya juga ada mengambil pengarah yang berbeza untuk mendapat rasa dan teknik yang baharu dari segi pengarahan dan penulisan. “Jadi, diharapkan sesuatu yang segar dan lain daripada sentuhan Syamsul Yusof. Saya doakan yang terbaik untuk Studio Kembara dalam apa saja filem epik akan dihasilkan nanti, bukan hanya prekuel Mat Kilau itu. Semoga industri filem Malaysia penuh warna-warni dan peluang terus dibuka kepada pengkarya-pengkarya lain,” katanya.

Berbicara juga projek terbaharunya, Syamsul menjelaskan dia kini memerlukan komitmen 200 peratus untuk filemnya akan datang seperti The Original Gangster, sebuah karya aksi moden termahal, terhebat Malaysia yang akan memulakan penggambaran pada November dan Disember depan. Kredit, utusan.

Exit mobile version