BAPA kepada Sissy Imann tampil memberi sokongan buat anak kesayangannya itu selepas penyanyi itu dilihat terlalu kecewa susulan menerima kritikan pedas daripada juri program Famili Duo, Mas Idayu pada persembahan minggu keenam pada malam Ahad lalu. Mohammad Kamil Moustaff berkata, baik atau buruk Sissy, anaknya itu tetap antara yang terbaik di matanya sebagai seorang bapa. “Buruk atau baik, kamu tetap yang terbaik untuk saya,” katanya. Kamil berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instastory miliknya pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Kamil turut menggunakan lagu Time After Time nyanyian Cyndi Lauper sebagai lagu latar bagi hantaran tersebut. Difahamkan, bait-bait lirik lagu berkenaan seperti ingin memberikan kata-kata semangat buat anak perempuannya itu. “Jika kamu sesat, kamu boleh mencari saya. “Jika kamu jatuh, saya akan sambut dan menunggu kamu,” tulisnya. Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini mendapat kritikan hebat daripada juri Mas Idayu atau Mas Idayu Mesnun, 51.
Kata Mas, lagu yang disampaikan tidak sesuai buat mereka kerana menganggap nyanyian duo itu sangat kasar dan tidak sedap. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.