ADA hari cerah, ada hari hujan. Liku-liku sebagai seorang peniaga sememangnya tidak mudah, lebih-lebih lagi jika ia merupakan satu-satunya sumber pendapatan untuk hidup. Begitulah perkongsian, Nur Ashirah Aris, 21, mengenai realiti seorang peniaga bahawa rezeki mereka ada naik dan turunnya. Berniaga barangan kulit di Uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Ashirah berkata pulangan yang dikumpul ada kalanya hanya cukup untuk membayar semula modal yang dikeluarkan. Ashirah juga mempunyai seorang anak kecil yang baru ditimang pada tahun 2021 dan ini bermakna dia mempunyai tanggungan di atas bahunya
“Dulu kerja makan gaji, tapi apabila nak dekat bersalin saya berhenti. Lepas selamat lahirkan anak, saya terus mulakan perniagaan dengan suami.”Kami jual dompet dan beg lelaki dan kadang-kadang ada orang tumpang letak barang seperti baju sejuk dekat kedai kami. “Kami berniaga setiap hari dari pukul 7 malam sampai pukul 2 pagi, anak kecil ni pun kami akan bawa sekali berniaga,” kata Ashirah ketika dihubungi. Cabaran pertama yang dihadapi Ashirah adalah mengimbangi hidupnya di antara perniagaan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Klik sini untuk lihat video.
“Dekat Pulau Pinang ni, kos hantar anak kepada pengasuh sekitar RM800 sebulan. Dalam masa sama saya risau nak tinggal dekat pengasuh ni, sebab dah dengar macam-macam cerita tak menarik. “Jadi saya lagi selesa jaga sendiri, sebab tu saya berhenti kerja pejabat dan berniaga. Saya boleh jaga anak saya sambil cari duit. “Tapi nak jaga anak waktu berniaga ni bukan mudah. Kadang-kadang hujan dengan ribut, anak saya yang baru berusia dua tahun ni pun kesejukan dan meragam. “Lepas tu kalau nak bagi mandi dan tukar diapest anak, tandas agak jauh, tak berapa bersih dan tak ada kemudahan khas nak tukar lampin macam di tandas shopping mall,” kata Ashirah.
Menurut Ashirah, antara cabaran terbesar yang dihadapinya ialah sikap pelanggan yang suka tawar menawar. “Kadang-kadang ada hari yang sales kita tak berapa baik, lepas tu ada pelanggan minta diskaun pula. Saya rasa macam serba salah nak tolak, jadi saya bagi je. “Cuma pelanggan tak nampak yang kami sebenarnya struggle. Untung kami tak besar mana pun, kadang dapat RM5 je sehari, pulangan itulah kami nak guna untuk bayar balik duit sewa tapak dengan modal.
“Setakat ni kami tak pernah tolak kalau pelanggan minta diskaun, asalkan ada barang dah lepas keluar pun okay. Dapat la cover balik modal kami. Kami anggap itu rezeki mereka dapat diskaun. “Kami nak saving pun tak mampu. Pernah ada hari yang tak ada seorang pelanggan pun datang beli di kedai kami. Saya memang kena kuatkan diri dan bersabar je,” luah Ashirah. Ashirah juga sempat menambah yang berkahwin di usia muda diakui bukannya perkara mudah dan semestinya disulami dengan cabaran yang tersendiri.
“Waktu saya buat video di TikTok tu, saya memang tengah ada masalah dengan suami. Saya berpegang kepada prinsip yang apa-apa pun hubungan dengan anak kena pastikan rapat. “Ke depan-depan nanti, saya tak tahu kalau suami akan masih ada dengan saya. Dia bila-bila masa je boleh pergi. Apa yang saya ada nanti ialah anak saya, Tiara Mikayla. “Sebab tu saya sentiasa utamakan anak saya. Saya sentiasa bercakap, bercerita dengan dia dan buat video sama-sama. Dialah intan permata saya,” kata Ashirah..
Kecekalan Ashirah berniaga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet selepas menonton perkongsiannya di TikTok hingga meraih lebih 578,000 tontonan. Paling menyentuh perasaan sudah pasti tatkala melihat wanita ini menguruskan perniagaan ditemani anak kecil. “Aku sedih tengok orang berniaga bawah khemah sambil bawa baby. Ya Allah, memang meruntun jiwa. “Akak kuatkan semangat, setiap kesulitan ada kesenangan. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. “Hanya orang berniaga uptowan saja tahu penat dan letih buka dan tutup khemah… tapi apabila buat kerja dengan anak, lagi la penat,” kata beberapa warganet.
Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.