Di Instagram, pelakon, Rita Rudaini memberitahu dia malas untuk bergaul dengan orang apabila usia semakin meningkat. Tambah Rita, dia tidak kisah mengenai tanggapan orang terhadap dirinya. Menerusi pemerhatian, Rita turut memuat naik posting mutiara kata daripada Imam As Syafi’i di mana seseorang individu itu tidak perlu mengambil peduli dengan apa yang dikatakan oleh orang luar, namun percayalah ia akan memberikan manfaat kepada dirinya pada hari Akhirat kelak.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mempunyai pendapat yang sama seperti Rita. Ujar warganet, semakin usia meningkat, mereka malas untuk berfikir mengenai perasaan orang lain. Mereka hanya memberi sepenuh tumpuan terhadap diri sendiri dan keluarga sahaja.
Sumber: Rita Rudaini. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.