Pertama kali basuh baju dekat dobi layan diri, sekali Nora Danish kongsikan pengalaman tu dengan warganet

Tindakan pelakon, Nora Danish berkongsi pengalaman apabila kali pertama menggunakan khidmat dobi layan diri meraih perhatian ramai dalam kalangan pengguna aplikasi TikTok. Menerusi akaun TikTok miliknya, pelakon berusia 41 tahun itu memuat naik satu video memaparkan dia bersama dua orang rakannya teruja untuk mencuci pakaian mereka di sebuah dobi terletak di Perlis. “Hi. Okay hari ini first time Nora try lah cuci baju dekat laundry yang layan diri itu, dekat Perlis sebab shooting dekat sini. Jom!” kata Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif. Rakaman berdurasi tiga minit itu turut memperlihatkan Nora mengajar cara untuk menggunakan mesin cucian tersebut sebelum keluar sebenar bagi mengambil ‘angin’ di kawasan berdekatan. Klik sini untuk lihat video.

“This is fun actually! You know? Macam rasa dekat Korea, cerita Korean tu kan. Tapi dorang pergi sini, dorang jumpa dia punya boyfriend and first love,” ujarnya.Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa ‘kagum’ kerana video mencuci pakaian juga boleh menjadi tular disebabkan perkongsian oleh artis popular berkenaan. Namun begitu, ada juga segelintir individu menyatakan hasrat ingin bertemu dengan pelakon drama Bougainvillea itu kerana dilihat masih kekal awet muda seperti golongan remaja.

Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Nora Danish akui sering alami tekanan dan terlalu berfikir, Nora nasihat peminat agar ambil berat tentang masalah anxiety. Memang tak asing lagi kita dengan pelakon cantik ini. Peningkatan usia membuat Nora lebih banyak berfikir. Pelakon Nora Danish mendedahkan dia kini mengalami masalah anxiety dan selalu berfikir buruk tentang sesuatu perkara. Peningakatan usia antara faktor berlaku perubahan pada diri Nora, 40, dan disebabkan itu dia selalu terfikir tentang kem4tian sehingga ada ketika perasaan yang datang menyebabkan dia takut menaiki pesawat. “Saya memang ada anxiety dan stage fright. Baru-baru saya dapat rasakan perubahan itu. Mungkin sebab faktor usia sekarang ini membuatkan saya sentiasa fikir tentang kematian. “Saya sendiri seorang yang terlalu emosi dan sensitif, jadi apabila sesuatu perkara terjadi ia menyumbang kepada overthinking.

Nora bijak atasi tekanan agar tidak menganggu dirinya. Katanya “Bagaimanapun saya tidak mahu anggap ia sebagai satu yang negatif, sebaliknya fikir apa yang saya alami ini sebagai satu superpower yang boleh saya salurkan kepada perkara positif. Dengan cara ini saya akan lebih menghargai orang sekeliling,” katanya kepada mStar. Nora berkata demikian ketika ditemui di majlis tayang filem lakonannya berjudul Kan Cheong yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu. Bercakap tentang masalah tekanan, kata Nora pencapaian dalam kerjaya juga boleh membuatkan perasaan itu datang secara tiba-tiba.

Saya sendiri seorang yang terlalu emosi dan sensitif, jadi apabila sesuatu perkara terjadi ia menyumbang kepada overthinking. Bagaimanapun Nora bijak mengatasi tekanan dan dia selalu mengingatkan diri sendiri supaya melakukan lebih baik di masa akan datang. “Saya tidak terkesan dengan kata-kata orang kerana tahu tidak semua sukakan kita. Namun dari segi kerjaya apabila kita meletakkan satu sasaran dan tidak tercapai ia akan jadi tekanan. “Saya selalu bayangkan di usia 40 tahun akan capai pelbagai perkara namun masih ada yang belum dikecapi. “Tidak salah untuk menangis jika rasa tertekan. Saya ingatkan diri sendiri supaya jangan mudah berputus asa dan menjadi lebih baik esok hari,” jelasnya.

Barisan pelakon filem Kan Cheong yang bakal ditayangkan di Astro First Sementara itu bercerita tentang filem yang bakal ditayangkan di Astro First itu, Nora memberitahu dia cukup bersemangat menerima tawaran kerana merasakan mesej yang ingin disampaikan cukup dekat dengan masyakarat ketika ini. “Apabila terima tawaran ini saya berkobar-kobar untuk terlibat sama kerana masalah yang ingin disampaikan cukup dekat dan sering berlaku dalam kalangan masyarakat. “Saya ingin sampaikan kepada penonton bahawa masalah kesihatan m3ntal ini perlu diambil berat dan ia boleh bawa maut jika tidak dikawal dari awal,” ujarnya. Sumber, mstar