Pada Isnin, pelakon Puteri Sarah Liyana telah memfailkan perpisahan terhadap suaminya yang juga merupakan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Ketika ditemui di perkarangan kompleks, Puteri Sarah menyatakan Syamsul ada menghubunginya menerusi kiriman mesej di WhatsApp pada Ahad. Kata aktres berumur 38 tahun ini, Syamsul mengajak untuk bertemu dan berbincang mengenai konflik rumah tangga mereka yang sudah berlanjutan sehingga empat tahun. Syamsul ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk ajak berjumpa dan berbincang. Tetapi, saya tidak jawab. Saya sibuk dengan penggambaran, sama juga dengan Syamsul. Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin yang ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata anak-anak masih tidak memahami dengan situasi tegang ini. “Anak-anak tidak tahu apa-apa dan mereka masih berada di bawah jagaan mak dan ibu mentua saya. Mereka gembira seperti biasa dan tidak tahu apa-apa mengenai proses permohonan perpisahan hari ini. Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu sekali lagi menegaskan dia bukan antipoligami seperti yang diperkatakan warganet. Ingin ditekankan bahawa saya bukanlah antipoligami dan ada juga orang label saya sebagai isteri derhaka kerana menuntut untuk berppisah.
Sebenarnya poligami itu indah jika seorang suami itu bersikap adil tetapi saya ditipu oleh suami sendiri sebab dia sendiri tidak mahu berbincang sebelum ini. Jadi, semua benda pun sudah berlaku dan selama ini sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga. Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun. kredit, Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Ramai yang pelik bila keluarga tiada yang bersuara, sekali Puteri Sarah dedah ini yang menyebabkan mereka tidak bersuara. Krisis rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof sememangnya menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Selain Puteri Sarah dan Syamsul, keluarga pengarah tersohor itu juga turut ada membuat kenyataan berhubung rumah tangga mereka yang sedang diuji. Namun, ramai tertanya-tanya mengapa tiada seorang pun ahli keluarga Puteri Sarah yang tampil mengulas perihal isu tersebut sedangkan mereka sentiasa menyokong setiap tindakan pelakon itu dalam menegakkan keadilan untuknya dan anak-anak.
Menerusi laporan, Puteri Sarah memaklumkan keluarganya terutama ibu bapa tidak lantang dalam isu rumah tangganya disebabkan faktor kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional. “Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya. Dia yang ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam turut memperkenalkan dua orang adik, Puteri Sofia dan Megat Imran yang menemaninya sebelum membuat tuntutan cerai.
“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara. “Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material. “Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” ujarnya. Tindakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang menuntut cerai kepada suaminya adalah disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun lalu. Kemuncaknya berlaku apabila Syamsul sendiri memuat naik video mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan wanita itu, Kazar Saisi.
Sejak Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, ibunya Datin Patimah Ismail tidak merestui perkahwinan tersebut. Terbaru, Datin Patimah ada memuat naik ‘quotes’ dari Majalah Nona berkenaan poligami yang memecah belahkan bukanlah mengikut sunnah. “Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat. Poligami yang memecah-belahkan bukan mengikut sunnah,” tulis quotes itu. Sebelum ini, Datin Patimah berkata dia bersedia untuk memaafkan Syamsul namun tidak keluarga Ira Kazar.
Sumber, Kosmo!.