Selepas berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya kepada peminat, pelakon Emma Maembong sekali lagi jadi perhatian selepas berkongsi beberapa foto terkininya di Instagram. Berdasarkan foto-foto tersebut, Emma kelihatan menggayakan baju dan tas tangan jenama mewah antarabangsa, Christian Dior sambil memakai gaun. Bagaimanapun, busana yang dipakainya itu jelas menunjukkan bentuk baby bumpnya yang semakin membesar. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan-rakan selebriti seperti Mira Filzah, Nad Zainal, Mawar Rashid dan ramai lagi teruja melihat perubahan Emma sekaligus menyifatkan pelakon ini tetap cantik dalam apa jua persalinan yang dipakainya.
Malah ada yang berpendapat, jantina bayi dalam kandungan Emma adalah perempuan berdasarkan melihat kepada bentuk baby bumpnya. Terdahulu, Emma tampil memberi kejutan kepada suaminya, Muhammad Shazli Azhar dengan membuat video review produk sebelum mengetahui kit ujian kehamilan berada di dalam kotak tersebut. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.