Muat naik video Ariq Matin masa kecil, tapi benda ni pula yang jadi perhatian warganet

Tidak dinafikan ibu bapa masa kini lebih suka memotret atau merakam momen anak – anak kecil menggunakan telefon pintar.  Kenangan anak – anak masa kecil amat bermakna bagi ibu bapa untuk tontonan masa depan ketika mereka dewasa kelak. Seperti perkongsian menerusi Instagram Siti Sarah Raisuddin yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu dimana berkongsi mengenai anak ketiga pasangan ini.  Menerusi video tersebut, momen ketika kecil dan sekarang anak lelaki mereka iaitu Ariq Matin yang kini berusia tujuh tahun. Melihatkan wajah Matin ketika kecil seakan wajah kakaknya iaitu Dzahra Talita Zahr dan semakin besar nampak ketampanan wajahnya dengan gaya rambut pendek.  Dulu vs sekarang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.  Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji kecomelan wajah Matin ketika kecil yang berbeza dengan sekarang bertambah hensem. Klik sini untuk lihat video.

Kredit Sinar Viral PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.