Akibat terlalu paranoid dijangkiti Covid-19, wanita mengurung dirinya dan anak lelaki yang masih kecil di rumah mereka di Chakkarpur, Gurugram dekat sini, selama tiga tahun. Portal NDTV melaporkan, kisah itu terbongkar apabila suami wanita berkenaan, Sujan Majhi, yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta, memaklumkan perkara itu kepada polis bertugas di pos Chakkarpur. Atas permintaannya, sepasukan polis, pegawai kesihatan dan anggota jabatan kebajikan kanak-kanak tiba di kediaman berkenaan, baru-baru ini, memecah pintu utama rumah itu sebelum menyelamatkan wanita dikenali sebagai Munmun Majhi dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun.
Imej sempat dirakam menunjukkan timbunan pakaian, rambut, sampah dan barangan runcit berselerak di rumah berkenaan. Difahamkan, wanita terbabit pernah memotong rambutnya dan anaknya di rumah itu. Sementara itu, dia memasak menggunakan dapur elektrik dan bukannya dapur gas. Sampah di rumah itu tidak dibuang selama tiga tahun dan difahamkan, selama ini, tiada sesiapa yang berkunjung ke situ. Kanak-kanak itu pernah membuat lukisan di dinding rumah dan hanya belajar dengan menggunakan pensel. Apa yang mengejutkan, anak lelaki wanita itu dikatakan tidak pernah melihat matahari, sejak tiga tahun lalu. Difahamkan, selama tempoh sama, jiran sekeliling tidak tahu bahawa dua beranak itu berkurung di dalam rumah.
Seorang pegawai polis berkata, wanita itu berada dalam keadaan panik akibat Covid-19 dan percaya anaknya akan mati, jika keluar dari rumah. Sepanjang tiga tahun berkurung dengan anaknya, wanita itu tidak membenarkan suaminya masuk ke dalam rumah. Suaminya dikatakan keluar dari rumah untuk ke pejabat pada 2020 selepas kerajaan menarik balik sekatan pergerakan (lockdown) kali pertama. Sejak itu, lelaki itu tidak dibenarkan memasuki kediaman berkenaan. Satu-satunya cara Majhi kekal berhubung dengan keluarganya adalah melalui panggilan video.
Bagaimanapun, dia tetap membayar sewa bulanan rumah, menjelaskan bil elektrik, mendepositkan yuran sekolah anaknya, membeli barangan runcit dan sayuran, di samping tinggalkan beg barangan keperluan di luar pintu utama rumah itu. Selepas diselamatkan, wanita dan anak lelakinya itu dikejarkan ke hospital awam. Kredit B.Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.