Merangkul gelaran juara program Famili Duo musim kedua, Yamani Abdillah, 22, dan adiknya, Zaki Yamani, 17, nekad mahu menghadiahkan wang kemenangan sebanyak RM100,000 kepada ibu masing-masing sebagai tanda kasih dan sayang. Menurut Yamani, dia dan Zaki sedar tanpa dorongan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi figura penting dalam hidup mereka itu mana mungkin mereka mampu meraih kejayaan besar seperti itu. “Selama ini, ibu adalah antara penyokong utama dalam kerjaya seni. Tak putus-putus bagi semangat dan mendoakan kami.
“Jadi, kami mahu mendedikasikan kemenangan ini buat kedua-dua ibu kami termasuk semua wang kemenangan yang diraih. Kami percaya, jika kami buat begitu, rezeki buat kami akan lebih melimpah, Insya-Allah,”katanya. Yamani berkata demikian semasa ditemui usai program tersebut tamat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, semalam. Selain itu, kedua-duanya turut terharu kerana bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah berpeluang melapangkan masa untuk hadir menyaksikan persembahan mereka di pentas final program berkenaan. “Itu merupakan kali pertama babah datang tengok kami buat persembahan. Memang sebak dan terharu. Tetapi ia juga membuatkan kami rasa gementar sebab dia ada di depan mata.
“Kemenangan ini juga kami dedikasikan buat babah sebab sepanjang menyertai program ini, dia juga selalu titip pesanan dan semangat buat kami berdua. “Malah, beberapa hari sebelum persembahan final semalam, dia berulang kali menyakat, ‘Man, kau dan Zaki kena menang kalau nak babah datang tengok di final’.
“Tak sangka, kami betul-betul menang jadi ada sebab untuk kami berasa bangga dengan kejayaan ini yang juga untuk dia,” katanya. Dalam pada itu, Zaki menambah, dia juga bersyukur diberi peluang menyertai program ini kerana secara tidak langsung dapat kembali menjalin hubungan erat dengan abangnya itu. “Kali terakhir saya rapat dengan abang ialah sewaktu berusia lapan tahun dan abang pula berusia 11 tahun. Terus-terang, saya pun dah lupa bagaimana cara abang melayan dan bergurau dengan saya waktu kecil dulu.
“Setelah lama tak berjumpa, kami dipertemukan dalam program ini. Bermula dari minggu pertama hingga sekarang, saya mulai ingat bagaimana rapatnya kami dahulu. Sekarang saya pula ‘bli’ dia,”selorohnya. Untuk info, Yamani adalah hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah daripada perkahwinan ketiganya dengan Fatimatuzahrah Samad. Dalam pada itu, bertemakan Anugerah Juara Lagu (AJL), segmen pertama Famili Duo semalam menyaksikan dua beradik ini menyampaikan lagu medley Potret yang dipopularkan Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (kumpulan S.O.G.
Sumber, Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.