Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan bekas pelakon, Zul Yahya didakwa sedang berdepan dengan masalah dan memerlukan bantuan. Menerusi sebuah video perkongsian akaun TikTok @zackpulaumutiara8, individu itu menyatakan bahawa Zul Yahya sedang berjalan kaki seorang diri, malah pemilik akaun tersebut mengatakan bahawa pelakon tersebut sedang berada dalam masalah. Susulan itu, individu itu meminta orang ramai yang menjumpai Zul untuk memberi pertolongan kepadanya. Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan dari pukul 4 pagi sampai sekarang, (8.30 pagi). Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia. Sekarang ni masih ada dalam negeri Perak,” kongsi pemilik akaun itu. Sumber Mstar. Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, wartawan sebuah portal cuba menghubungi Zul Yahya untuk mendapatkan penjelasan, namun gagal apabila kiriman mesej tidak dibalas. Tambah, last seen di Whatsapp Zul memaparkan kali terakhir dia membuka aplikasi tersebut pada jam 12.44 tengah malam tadi. Namun begitu, memetik laporan mStar, isteri Zul, Siti Raihan Mohd Rodzi tampil menjelaskan situasi tersebut selepas rakaman tersebut tular di TikTok dan raih perhatian ramai warganet. Jelas Siti Raihan, suaminya berjalan seorang diri pada pagi itu hanya sekadar menenangkan diri. Dia okay sahaja, sekarang ada di rumah… tiada apa-apa.
Mengenai video itu, tak ada apa-apa. Dia sahaja ambil masa sendiri untuk tenangkan diri dia,” kata isteri Zul. Bukan itu sahaja, Siti Raihan juga menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangga sedang dalam masalah seperti yang ditularkan. InsyaAllah, hubungan kami tiada apa,” tuturnya lagi. Sekadar info, Zul dan Siti Raihan telah mendirikan rumah tangga bersama pada 2007. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata.
Kredit Xtra.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.