Pelakon Datuk Aaron Aziz mengesahkan dia tidak terlibat lagi dalam filem Original Gangster arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Memetik Astro Gempak, Aaron bagaimanapun enggan mendedahkan punca dia dibu4ng kerana tidak mahu membuka aib sesiapa. Saya bukan tarik dari, tapi dibuang. Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gang$ter. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa. Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” katanya.
Ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara dia dan Syamsul, Aaron enggan mengulas mengenainya serta mendoakan yang terbaik. Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita. Apapun saya doakan yang terbaik,” katanya. Filem The Original Gangster dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.
Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.