Kalau dah bapanya seorang pereka fesyen, sudah tentu anaknya mendapat sentuhan eksklusif si bapa untuk apa jua pakaian yang bakal digayakan! Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Rizqaa apabila bapanya mereka busana khas untuknya ke sekolah! Menjengah ke laman Instagram milik Rizman, pereka fesyen terkenal itu memuat naik beberapa keping foto Rizqaa yang mengenakan pakaian rona hijau untuk ke sekolah. Menariknya, pakaian tersebut mendapat sentuhan dari Rizman sendiri yang mereka pakaian tersebut khas untuk puterinya itu!
Foto tersebut turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan antaranya termasuklah Mira Filzah, Catriona Ross dan Linda Rafar yang memuji pakaian yang digayakan oleh Rizqaa ke sekolah! Untuk rekod, Rizqaa mula mendaftarkan diri ke tadika pada tanggal 10 Januari yang lalu. Keterujaan Rizman mahupun isteri tersayang, Nurida Suraya menghantar anak perempuan mereka ke tadika jelas terpancar apabila memuat naik beberapa foto kerenah Rizqaa di tadika pilihan mereka.
Kecomelan wajah Rizqaa sering menarik perhatian umum apatah lagi dengan penataan gaya yang diselaraskan oleh kedua ibu bapanya yang sentiasa nampak cantik dan sepadan. Untuk rekod, Rizman mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Nurida Suraya pada 13 September 2019 dan dikurniakan anak perempuan, Princess Rizqaa pada tahun 2020. Sumber: NONA. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.