Saya menganggapnya lebih daripada seorang bapa saudara kerana dia yang menjaga saya sekeluarga selepas ayah pergi menghadap illahi,” kata Syasya Sazwina Zawari. Kisah wanita berusia 21 tahun itu mengundang sebak warganet selepas video menunjukkan dia yang dalam persalinan pengantin didukung seorang lelaki untuk dibawa ke khemah pelamin, tular di media sosial. Tindakan itu kerana enggan pakaian raja sehari Syasya Sazwina yang dinikahkan dengan jejaka pilihan, Nazri Suhaimi, 24, basah disebabkan hujan dan halaman rumah yang digenangi air. Berkongsi kisah sebenar, Syasya Sazwina yang menetap di Kampung Tekek, Pulau Tioman berkata, lelaki mendukung adalah bapa saudara, Zainuddin Mohamad, 58, dan bukan bapanya seperti didakwa warganet. Klik sini untuk lihat video.
Katanya, video yang tular itu pula dirakam rakan baiknya, Siti Nurhaliza M Saidin, 21, dan ibu saudara, Che Asmah Maarop, 51, ketika majlis akad nikah serta persandingan yang diadakan serentak semalam. Ketika itu, hujan lebat tidak berhenti, malah sampai air masuk dalam inap desa hingga saya susah untuk berjalan. Disebabkan semuanya sudah dirancang, maka perlu teruskan juga majlis dan pak cik pesan supaya saya tunggu dalam rumah dan jangan keluar kerana takut saya basah. Kemudian, dia dukung saya, bawa ke khemah pelamin kerana laluan ke situ juga basah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Syasya Sazwina mengakui sedih apabila diuji dengan cuaca buruk ketika majlis perkahwinannya dan bertambah sebak apabila Zainuddin mendukungnya hingga ke pelamin Saya menangis dan tak dapat tahan air mata apabila lihat pak cik sanggup bantu sampai tahap begitu, lagipun saya rapat dengannya sejak kecil lagi. Memang dia (pak cik) paling prihatin dengan saya sejak ayah (Zawari Mohamad) pergi menghadap illahi dua tahun lalu,” katanya yang memberitahu sangat terharu apabila Zainuddin yang menetap di Ipoh, Perak sanggup meredah banjir demi menghadiri majlis perkahwinannya. Syasya Sazwina berkata, Zainuddin mahukan yang terbaik untuk hari bahagianya dan mengambil tanggungjawab menjadi wali pernikahan itu.
Kredit Harian Metro PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.