Hadir ke mahkamah untuk selesaikan kemelut rumahtangga, selain sejambak bunga Farid Kamil siap bawa cincin nak pujuk isteri

TIDAK hanya membawa sejambak bunga ros untuk isterinya, pelakon dan pengarah Farid Kamil mendedahkan sudah membeli sebentuk cincin buat Diana Danielle ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa. Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, cincin tersebut dibeli khas buat Diana bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini. “Saya sudah beli cincin sebagai sambutan ke-11 ulang tahun perkahwinan kami. Tidaklah mahal sangat, cukup sekadar ada,” katanya.

Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi proses lantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. Sebelum itu, Farid yang tiba di mahkamah bersama peguam dan pihak pengurusannya turut membawa sejambak bunga ros berwarna merah sebagai tanda ingin memujuk Diana. “Hari ini saya datang untuk memberi bunga kepada Diana sebagai tanda pendamaian pertama,” ujarnya. Kedua-dua mereka juga dilihat tenang ketika disapa media sebelum melangkah masuk ke bagi proses lantikan JKP.

Pada 20 Mac lalu, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perpisahan yang difailkan oleh isterinya itu pada awal Mac. Bagaimanapun ketika itu Farid enggan melepaskan Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya. Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan perpisahan tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan perpisahan terhadap Farid.

Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.