Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi ditemui baru-baru ini berkata, memang dia kurus, tapi alhamdulillah keadaan dirinya sihat dan itu paling penting. Berat saya sekarang berapa kilogram, rasanya tiga kampit beras ni (kira-kira 30 kilogram). Tapi, berbanding berat dulu dan sekarang, ia lebih kurang saja. Saya nampak kurus, sebenarnya banyak benda yang kena ‘cut’ (potong). Sebabnya, dalam masa saya nak sembuh kerana kurang sihat banyak benda yang kena jaga dari segi kesihatan dan pemakanan,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Hael juga mengesahkan dia terpaksa akur membatalkan Konsert Hael Husaini Live In KL yang sepatutnya berlangsung pada 19 Februari lalu kerana faktor masalah kesihatannya walaupun persiapan sudah siap dibuat sebanyak 70 peratus. Penyanyi lagu Jampi dan Haram ini turut menafikan pembatalan itu ada hubung kait dengan jualan tiket yang tidak laku. Katanya, keputusan diambil secara sepakat dengan pihak pengurusan, Rocketfuel Entertainment selepas mengambil kira nasihat daripada doktor. Saya kena berehat dan tidak terbabit dalam apa-apa konsert dulu agar tidak menjejaskan masalah kesihatan dalam tempoh yang lama. Insya-Allah, saya berharap dapat merealisasikan konsert pada tahun ini juga.
Apapun, suatu hari nanti tiba masanya saya yakin pasti konsert solo saya dapat diadakan. Sebabnya, saya mempunyai impian tinggi, tapi biarlah perlahan-lahan untuk mencapainya dan cuba membuat yang terbaik. Terbaharu, penampilan imej dan wajah terkini Hael juga menjadi perhatian warganet apabila didakwa semakin mirip dengan penyanyi terkenal antarabangsa, mendiang Michael Jackson (MJ) sehingga tular di media sosial. Kredit Harian metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.