Lain macam dia punya mengidam, Harris Anuar kongsikan isteri mengidam nak makan sabun

Buat para suami yang isterinya sedang hamil, bolehlah membuat persediaan terlebih dahulu memasang CCTV bagi memudahkan untuk memantau para isteri yang mungkin mengidam akan sesuatu yang aneh mahupun pelik. Mengidam dan ibu hamil pastinya sangat sinonim! Hal yang demikian kerana mengidam biasanya perasaan atau keinginan yang terlalu tinggi untuk makan makanan yang jarang dimakan atau melakukan sesuatu yang pelik. Jangan risau kerana mengidam ketika mengandung adalah perkara normal. Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan.

Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu. Orang tua kita ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahir akan mengeluarkan air liur sahaja. Hakikatnya tiada bukti perubatan membuktikan hal tersebut. Ia sekadar mitos orang tua-tua sahaja kerana mengidam tiada kaitan dengan perkembangan bayi. Agaknya mengapa wanita mengandung sering mengidam? Sebenarnya rasa mengidam yang dialami oleh bakal ibu diakibatkan oleh hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu meningkatnya hormon progesteron.

Peningkatan hormon tersebut berkait dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur. Jadi, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.

Namun begitu, ada pula yang menginginkan sesuatu benda yang bukan untuk dimakan seperti sabun! Pelakon Harris Annuar sering kali berkongsi kerenah isterinya, Asha Merican yang sedang hamil anak pertama. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa lucu dengan luahan Harris yang dikatakan pertama kali berhadapan situasi melihat isteri mengidam yang bukan-bukan. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman ketika hamil menginginkan untuk memakan sabun juga! Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Biarpun begitu, ada juga yang menasihati serta saling berpesan untuk tidak membiarkan sahaja jika keinginan si isteri itu melampau dan boleh membahayakan kesihatan diri serta bayi dalam kandungan. Terdahulu, Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar memberitahu kandungan isterinya kini sudah memasuki trimester ketiga namun dia memilih untuk merahsiakan fasa awal kehamilan.

Bagaimanapun tidak salah jika si suami cuba memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan. Hakikatnya mengidam itu hanyalah mitos dan bakal ibu boleh mengalihkan perasaan tersebut dengan perkara lain seperti menyibukkan diri dengan melakukan hobi memasak atau menonton televisyen dan sebagainya. Sumber:Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.