Berita tentang kontroversi penyanyi, Lufya Omar dan bekas suaminya, Dr Che Hafiz kembali menjadi sorotan selepas selebriti wanita itu membuat tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta di mahkamah. Susulan daripada itu, Dr Che Hafiz yang ditemui bersama isterinya, Julia Farhana Marin mengakui terkejut apabila mendapat notis daripada mahkamah berkenaan hal tersebut setelah tiga tahun berpisah. Walau bagaimanapun, selain daripada tuntutan tersebut, tindakan Julia yang tetap menyantuni Lufya ketika di mahkamah menjadi sorotan ramai. Video yang dikongsi oleh Media Hiburan itu mendapat pujian ramai kerana melihat Julia begitu dewasa dan tidak menjadikan masalah antara suaminya dan Lufya sebagai cara untuk bermasam muka dengan penyanyi berkenaan.
Kebanyakkan komen merasakan tindakan Julia begitu profesional kerana bukan senang untuk seseorang menurunkan ego dan memulakan sesuatu perkara yang sukar dibuat lebih-lebih lagi berhadapan dengan insan yang jarang bertegur sapa. Memetik laporan dari Gempak, Julia mengatakan yang dia sudah trauma untuk membuat sebarang kenyataan di media sosial kerana bimbing menjadi ftnh. Dia juga akui tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa dan sedaya upaya mahu berbaik dengan bekas isteri suaminya itu. “Saya sebenarnya cuba, Insya-Allah… baik saya atau pun suami, kami tidak mahu bermusuh dengan sesiapa pun. Kita sebenarnya tak ada masalah untuk bincang di luar mahkamah. Klik sini untuk lihat video.
“Saya memang dari dulu lagi sebenarnya tak ada masalah langsung. Cuma saya rasa semua ini timbul daripada salah faham. Jadi, sebab itu saya agak fobia nak berkata-kata di umum. Fobia nak cakap apa-apa di Instagram, fobia nak share apa yang membahagiakan kami. Takut menimbulkan ftnh dan salah faham sebab itu kita pilih untuk diamkan diri,” katanya. Terdahulu, Peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh memaklumkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plantif iaitu Lufya berjumlah RM1 juta. Ujarnya, mutaah adalah saguhati daripada bekas suami kepada bekas isteri selepas mereka bercerai. Oleh itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar membuat tuntutan pada Oktober 2022.
Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.