“Benda ini berlarutan sampai dalam bulan puasa. Saya pun tak selesa,” kata Datuk Yusof Haslam, 69, mengenai isu rumah tangga dan pelbagai isu panas membabitkan anaknya, Syamsul Yusof. Yusof ketika dihubungi berkata, dia berharap semua isu yang timbul dapat diselesaikan dan dijernihkan. Apa yang berlaku kepada dia, tempias kepada kami juga sebagai keluarga. Tak ada ibu bapa yang nak lihat anak dia jatuh atau terpinggir. Saya harap, Syamsul dapat istiqamah,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai isu membabitkan Syamsul dan beberapa pelakon lain seperti Datuk Aaron Aziz dan Farid Kamil, Yusof mendoakan agar ada kedamaian buat semua pihak. Saya berdoa dan berharap agar ada jalan perdamaian untuk semua pihak. Saya meletakkan diri saya di tempat orang-orang yang terbabit, contohnya Aaron. Dia bukan baru saya kenali. Jadi, saya faham situasi yang menimpa dirinya dan berlaku salah faham antara mereka. Semua ini boleh dielakkan dengan adanya pertemuan antara kedua-dua belah pihak. Lagi pun, mereka adalah sahabat. Semalam, Aaron memuat naik video penjelasan mengenai pengguguran namanya daripada terbabit dalam filem The Original Gangster dengan alasan sudah tua dan gemuk.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Syamsul bersedia untuk memenuhi permintaan Aaron dan bersemuka bagi menyelesaikan isu pengguguran nama itu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.