Penyanyi terkenal, Marsha Milan atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh memaklumkan dia merancang untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar untuk mendapatkan anak selepas tujuh tahun membina mahligai. Menurut laporan Harian Metro, dia dan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed sudah berbincang serta bersetuju mengenai hal tersebut. Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 37 tahun itu mendedahkan dia sudah mencuba pelbagai kaedah termasuklah rawatan tradisional sepanjang tempoh perkahwinan.
“Kami sudah berusaha bermacam cara termasuk rawatan tradisional untuk mendapatkan anak sepanjang tempoh perkahwinan. “Hasil pemeriksaan, doktor beritahu kami sihat dan tiada masalah dari aspek kesihatan untuk mendapatkan anak cuma belum ada rezeki saja lagi,” katanya. Malah, sebelum ini Marsha perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap Anugerah Juara Lagu ke-37 dan perlu mencari masa yang sesuai untuk menjalankan rawatan IVF. “Sebelum ini, saya sibuk dengan komitmen pada Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37). Selepas AJL37 selesai, barulah kami berbincang semula mengenai IVF.
“Maklumlah untuk buat rawatan itu, saya perlu mengambil cuti yang panjang dari aktiviti seni. Insya-Allah, jika semuanya berjalan seperti direncanakan, saya akan mencuba kaedah IVF itu pada tahun ini,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Marsha juga mempertimbangkan akan mengambil anak angkat jika segala usaha yang dilakukan untuk mendapatkan anak tidak berjaya. Sekadar info, Marsha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed yang juga merupakan ahli perniagaan pada 31 Disember 2015.
Sumber, keluarga. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.