Pelakon Adam Shahz menyarankan kepada rakan-rakan selebriti yang berdepan dengan masalah rumah tangga untuk membuat persediaan awal mengenai soal kewangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Melihat ramai rakan selebriti yang melalui kepincangan rumah tangga, pelakon, Adam Shahz atau pemilik nama penuh, Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, turut tidak terkecuali menzahirkan rasa simpati. Sebagai anak seni yang turut berdepan dengan isu yang sama, pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Juvana itu berpendapat pelakon tidak selamanya dihujani tawaran lakonan.
Apa yang boleh saya kongsikan adalah supaya rakan-rakan yang sudah mendirikan rumah tangga untuk menjaga silaturahim antara suami, isteri dan keluarga. Namun, siapalah saya untuk mengulas panjang kerana saya juga turut berdepan dengan masalah rumah tangga. Sebab kita tahu sekarang ini mungkin ada yang tertekan, bukan saja kerana tawaran kerja kurang tapi persaingan pun makin sengit.
Dulu, lepas engkau, engkau lagi. Sekarang lepas dia, dia lagi. Ia sudah berpusing. Jadi kita sebagai pelakon memerlukan persediaan yang secukupnya, sebab saya nampak ramai yang melalui proses ini. Benda inilah antara punca keretakan rumah tangga. Saya harap rakan-rakan di luar sana lebih bersedia dengan situasi ini,” kata Adam. Terdahulu, Adam pernah mendirikan rumah tangga bersama Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, pada 21 Disember 2013 namun disahkan berpisah pada 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia. Pada 30 Disember lalu, Fatin melangsungkan perkahwinan keduanya bersama Aliff Awang.
Berkongsi mengenai tahun kelima menyambut perayaan secara solo, Adam menyerahkan kepada takdir dan tidak tergesa-gesa untuk mengakhiri zaman dudanya. Malah, dia juga tidak mempunyai masalah dan bergembira dengan kehidupannya sekarang. Saya sudah reda dan saya pun tidak rasa apa-apa pun. Selagi kita bersama rakan-rakan di sekeliling kita, insya-Allah benda itu tidak mengganggu dan menggugat saya sebenarnya. Lagipun sekarang saya fokus menguruskan bufet Ramadan di restoran saya di Hotel Campbell, dan disebabkan itu saya memperlahankan karier lakonan saya buat sementara waktu.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.