Ank lumpuh disebabkan kejadian tak diingini suami pula tak berapa sihat, ibu ini tetap tabah untuk besarkan anak anak

Sambutan Ramadan tahun ini terlalu suram buat Zawani Abdul Ghani setiap kali mengenangkan dugaan hidup yang bertandang silih berganti. Pada April 2020, Zawani diuji dengan anak yang hilang upaya akibat kejadian tak diingini. Tragedi hitam itu telah menyebabkan Muhammad Hiqbal Yaakob atau Hiqbal, 19, sudah tidak mampu lagi berjalan seperti biasa. Kepada kami, Zawani meluahkan kesedihan yang terbuku di dalam hati. Hiqbal mengalami kelukaan teruk pada bahagian kepala dan kaki. Bila mengingatkan kembali saat kejadian itu, memang ramai yang menjangkakan Hiqbal sudah tak boleh diselamatkan lagi. Selepas kena kereta, dia melambung ke jalan dan kemudiannya diserang sawan.

Masa dibawa ke hospital, doktor maklum anak saya mengalami pendrhn dalam otak. Dia tak sedar diri dan bergantung kepada tiub lebih dua minggu, tapi dengan kuasa ALLAH dia masih lagi bernyawa lagi,“ imbaunya yang menetap di rumah pusaka keluarga di Kampung Pak Chat, Hulu Langat, Selangor. Meskipun perkembangan anak keempat daripada lapan beradik itu semakin pulih, namun Hiqbal tidak boleh bergerak seperti dulu. Selain bergantung kepada kerusi roda, beliau juga terpaksa memakai lampin pakai buang. Luluh jiwa saya memikirkan keadaan Hiqbal kerana sepatutnya dia perlu menjalani satu lagi operasi untuk memasukkan besi pada kakinya, tetapi terpaksa ditangguhkan sebab saya tiada duit.

Saya juga tiada kenderaan untuk ke hospital dan terpaksa sewa ambulans ke sana yang memerlukan kos yang tinggi,“ kata wanita itu yang masih menanggung empat lagi anaknya yang masih sekolah. Cerita Zawani, keadaan kewangan keluarga beliau juga menjadi semakin sukar apabila suami tercinta, Yaakob Hamid, 59, tidak mampu lagi bekerja sebagai pekerja kebun selepas diserang strok. Sebenarnya sudah dua kali suami diserang strok akibat bp tinggi tak terkawal, cuma kondisinya semakin teruk pada tahun 2018 sehingga separuh badannya lumpuh.

Suami pun susah nak bercakap seperti orang normal sekarang ini. Kalau dulu, saya dan dia berniaga air tebu, nasi lemak dan roti canai di depan rumah untuk menampung perbelanjaan harian, tetapi sekarang dia sudah tak kuat,“ katanya yang bergantung kepada bantuan kerajaan sebanyak RM500 sebulan. Dengan rasa rendah diri, Zawani berkata, keluarga beliau amat memerlukan bantuan orang ramai agar dapat meringankan beban yang ditanggung terutamanya melibatkan kos operasi dan rawatan fisiologi buat Hiqbal. Bukan mahu meminta-minta, cuma dengan pertolongan yang dihulurkan bolehlah saya teruskan rawatan Hiqbal. Selain itu, kami juga teringin nak baiki bumbung rumah peninggalan emak ini yang bocor teruk. Sedih bila setiap kali hujan, kami terpaksa tadah dengan baldi.

Saya tidak putus-putus berdoa kepada ALLAH semoga Ramadan kali ini memberi rezeki dan sinar buat kami. Teringin juga nak beri makan anak dengan lauk yang sedap untuk hidangan buka puasa atau sahur. Namun, apakan daya bila saya sendiri tidak boleh bekerja kerana menjaga suami dan anak yang memerlukan perhatian,“ katanya dengan nada sebak. Kepada pembaca SinarPlus yang ingin membantu keluarga Zawani, sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun BSN 1099541100179185 atas nama Zawani Abdul Ghani.

Mudah-mudahan setiap sen yang dihulurkan dapat memberi keceriaan kepada keluarga yang sangat memerlukan sokongan masyarakat. Kredit Sinar Plus. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version