Vila Mohamed Salah di Kaherah dimasuki orang ketika dia berada di England, lapor media tempatan. Dekoder siaran televisyen diambil dari dalam rumah itu dan siasatan polis sedang dijalankan. Sumber pihak keselamatan memberitahu akhbar Mesir, Shorouk bahawa tiada barang kemas diambil. Tiada sesiapa di dalam vila ketika kejadian itu. Salah yang juga Kapten Mesir, Salah, 30, dijadual melawat negara asalnya minggu depan kerana dia akan mengetuai pasukan kebangsaan menentang Malawi dalam kelayakan Piala Negara Afrika di tempat sendiri pada 24 Mac dan aksi di tempat lawan empat hari kemudian.
Salah minggu lalu muncul penjaring terbanyak Liverpool sepanjang zaman di Liga Perdana dengan 129 gol. Kredit Harian Metro PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Arab 2017 dalam undian yang membabitkan sekitar 100 wartawan sukar daripada beberapa negara Arab. Salah, 25, yang menyinar bersama Liverpool sejak tiba dari AS Roma sudah menjaringkan 17 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris setakat ini dan 23 dalam semua kejohanan.