Nekad untuk mula makan sihat, tak sangka rupanya ini yang jadi pada Zulin Aziz sampai kena buat operasi

Semalam, pelakon, Zulin Aziz terpaksa menjalani operasi selepas disahkan menghidap penyakit apendiks dan batu hempedu. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zulin mengakui bahawa dia berasa takut dan masih belum bersedia untuk melakukan operasi tersebut kerana pada awalnya dia menyangka hanya sakit gastrik. “Salam semua. Sebentar lagi saya akan menjalani operasi Appendix & batu hempedu. Doakan saya semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan ya? Jujurnya saya takut. Tak bersedia, ingat gastrik tapi terus kena masuk bilik operasi. Allahuakbar. Ya Allah panjangkanlah umurku, Permudahkanlah urusan kami, Berikanlah aku kesembuhan dari segala penyakit, Amin Ya Rab Ya Mujib Ya Karim.” tulisnya.

Terbaru, Zulin memaklumkan dia sudah selamat menjalani operasi di Instastory miliknya. Malah doktor juga memaklumkan rupanya Apendiks dah pecah dan kesan yang dilihat seperti cyst itu kemungkinan kesan nanh dan bengkk apendiks tersebut. Berikutan itu, Zulin memilih untuk memulakan makan makanan sihat bermula hari ini.

Komen warganet:

Sumber, keluarga.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.