Baru-baru ini, tular di Facebook tentang isu air laut di pantai Teluk Yu, Langkawi yang bertukar menjadi hijau setelah gambar pantai itu dikongsikan oleh warganet di media sosial sehingga ada yang menyifatkannya seperti tumpahan minyak. Isu air pantai bertukar warna itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganet terutamanya penduduk di pulau lagenda itu. Namun, menurut Institut Penyelidikan Perikanan, perubahan warna air laut itu adalah normal.
Dalam satu kenyataan di Facebook, institut penyelidikan itu mengatakan terdapat mendapan berwarna hijau di dasar beberapa lokasi yang mungkin merupakan biomass mikroalga yang telah terurai. “Analisis plankton mendapati komposisi plankton dalam sampel air laut yang diambil adalah normal dan telah disahkan oleh pakar mikroalga FRI (Fisheries Research Institute).” Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.