Bapa kepada pelakon Nadiya Nisaa, Kamaruddin Murat disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Madinah akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada Ahad. Perkara tersebut disahkan oleh Nadiya dan kakaknya, Min Luna menerusi hantaran di Instagram Stories.
Dukacita dimaklumkan bapa saya Kamaruddin Murat telah kembali ke rahmatullah pada 23 April 2023 pada pukul 8.30 malam di King Salman Abdulaziz Medical City, Madinah. Pengebumian akan berlangsung di sana dan masih dalam proses. Al-Fatihah,” maklum Min Luna. Kenduri tahlil Allahyarham Kamaruddin akan dilakukan di Masjid Bandar Baharu Kedah selepas solat Maghrib pada Isnin.
Terdahulu, Nadiya memaklumkan bapanya menerima rawatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru ketika menunaikan ibadah umrah di Madinah. Sementara itu, kongsi Min Luna lagi, kali terakhir arwah bapanya mengutuskan kata-kata buat mereka berbunyi; “I love you too.
Kredit Awani. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.