Pelakon, Shakilla Khoriri berkongsi sebuah video yang memaparkan terdapat kesan luka di jari anaknya yang dipercayai terkena kuku panjang semasa bersalaman. Menerusi hantaran video di TikTok, pemilik nama sebenar Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini ternampak kesan luka di ibu jari tangan anaknya, Ameena Sofia. Dia kemudian, menyoal anak perempuannya itu tentang kesan luka tersebut. Menurut Ameena, luka di jarinya itu adalah disebabkan terkena kuku yang panjang dan tajam ketika dia bersalaman. Klik sini untuk lihat video.
Bagaimanapun, menurut anaknya yang berusia empat tahun itu, lukanya telah pun dirawat oleh bekas suaminya, Fizi Ali dengan meletakkan plaster luka. Rentetan perkongsian itu, aktres berusia 34 tahun ini memberi peringatan kepada kaum wanita di luar sana supaya berhati-hati jika mempunyai kuku yang panjang sehingga melukakan anak-anak. “Makcik-makcik cantik sekalian, sila hati-hati bila punya kuku yang panjang ya. Takut selepas ini terpancung pulak kepala anak-anak. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kesian dan simpati terhadap Ameena, malah ada juga yang menyoalkan kesan luka tersebut seperti disengajakan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.