Pelakon Reen Rahim memaklumkan bahawa dia telah memaafkan semua individu yang mneyebabkan akaun TikToknya disekat akibat video tular yang menyatakan dirinya tidak pernah bangun sahur. Susulan itu, Reen memberi kenyataan bahawa kemarahannya sudah reda dan ingin menutup kes. Hi… kan Reen cakap Reen busy enjoy my life. Siapa-siapa dok DM tunggu Reen buat live berkaitan Reen marah hari tu. Sorry I dah sejuk hati and maafkan semua dah. I memang marah kejap je. So tutup je lah kes… yang penting…” tulisnya.
Ambil positif, Reen menyatakan ia sebagai pengajaran untuk dirinya dan orang lain supaya menapis dahulu kandungan dan komen. Kita amik lah pengajaran dari apa yang dah jadi kat Reen. Pengajarannya, kita yang posting ni tapis lah dulu. Korang yang comment pun tapis jugak. Moral of the story ‘JANGAN IKUT SEDAP TEKAK JE’,” ujarnya ringkas. Dalam pada itu, Reen bersyukur kerana punca pendapatannya bukan hanya di TikTok tapi dia kasihan jika kejadian ini berlaku kepada individu yang mencari rezeki di platform tersebut. Alhamdulillah punca rezeki Reen bukan hanya semata pada Tiktok. Bayangkan kalau jadi pada mereka yang memang mencari rezeki dari TikTok? Tak ke menganiaya orang namanya,” luah Reen.
Oleh itu, Reen juga memohon maaf kepada orang ramai dan memaklumkan akaun baharunya di TikTok. Terdahulu, Reen berang apabila video pengakuannya pertama kali bangun sahur tular dan mendapat kritikan daripada warganet. Lebih teruk, akibat komen-komen tersebut akaunnya disekat dan kehilangan lebih 1.6 juta pengikut. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.