Menjadi buah mulut dan tular di media sosial mengenai percintaan penyanyi, Selena Gomez dengan bekas anggota One Direction, Zayn Malik. Zayn yang tidak pernah dikaitkan dengan sesiapa sejak berpisah dengan model, Gigi Hadid pada akhir 2021, kini dikatakan sedang menjalin hubungan baharu. Malah, Zayn dan Selena dilihat berpegangan tangan dan bermesraan di sebuah restoran di sini, baru-baru ini. Mereka juga saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram, namun masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka.
Gigi juga dilihat seakan-akan memberi sokongan dan tidak mempunyai masalah jika pasangan itu bercinta. Gigi tiada masalah dengan percintaan mereka, asalkan dia (Zayn) gembira dan dapat memberikan komitmen untuk menjadi bapa kepada anak mereka, Khai secara konsisten.” kata sumber. Sebelum ini, Gigi dan Zayn hangat bercinta pada 2015 namun berpisah tidak lama selepas itu. Pada 2020, pasangan berkenaan kembali menjalinkan hubungan dan menimang cahaya mata sebelum berpisah pada 2021.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.