Muat naik gambar dengan kapsyen beri bayangan mcm dah berpisah, terkejut bila tengok Zulin Aziz padam gambar suami di ig

Di Instagram, pelakon, Zulin Aziz mencuri perhatian ramai apabila didakwa sudah berpisah dengan suaminya, Farhan. Menerusi posting tersebut, Zulin didakwa ingin memberitahu kepada umum bahawa dia dan suami dipercayai sudah berpisah. Menurut dakwaan Zulin, mereka sudah tiada persefahaman. Oleh sebab itu, kisah mereka hanya sampai di sini sahaja. “Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InshaAllah, masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care.”

Menerusi pemerhatian kami, Zulin turut memadam semua gambar suaminya di Instagram. Hanya gambar akad nikah mereka beserta kapsyen penjelasan sahaja yang dapat dilihat buat masa ini. Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan mendoakan yang terbaik buat Zulin dan Farhan.

Komen Warganet:

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.