Terima kasih untuk tempoh 17 bulan terindah menjadi suami dan anak yang baik,” luah Nur Hazwanie Afandi isteri kepada Izzan Noorkhairuddin Noorsulizan yang maut dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) dekat Kesang di sini, semalam. Menurut Nur Hazwanie, 20-an, dia reda dengan apa yang berlaku ke atasnya walaupun hanya sempat bersama suami dalam tempoh singkat.
Pada hari kejadian, saya dapat panggilan memaklumkan suaminya terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi. Menurutnya, mereka mendirikan rumah tangga Januari tahun lalu namun belum dikurniakan cahaya mata.
Dalam kemalangan jam 9 pagi, Izzan Noorkhairuddin berusia 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan kaki kiri. Terima kasih kerana menjadi penyeri dalam rumah tangga, tak terbalas jasa abang, lelaki terbaik dalam hidup ini. Abang akan selalu di hati sayang, kasih sayang akan selalu terpahat di hati ini,” katanya yang turut memuat naik di Facebook miliknya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dari arah Melaka menuju ke Muar. Beliau berkata, sebuah motosikal ditunggang mangsa cuba mengelak kereta Proton Saga di hadapannya namun gagal sebelum merempuh bahagian belakang.
Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter. Mangsa cedera parah di kepala dan kaki kiri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Pemandu kereta tidak cedera dan mayat dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat,” katanya.
Idris berkata, polis meminta kerjasama orang ramai menyaksikan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.