Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur berhubung isu rumah tangga adiknya, Fyna Jebat yang didakwa sudah berpisah dengan jurulatih bola sepak Datuk Zainal Abidin Hassan. Menurut laporan Harian Metro, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, dia meminta pihak media menghubungi sendiri adiknya yang juga penyanyi itu. “Jangan tanya saya. Tanya tuan badan. Penat nak menjawab. Asal kes mereka saja, saya yang dicari,” katanya.
Semalam, media sosial kecoh apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah mendedahkan bapanya sudah berpisah dengan penyanyi tersebut. Menerusi satu komen di akaun media sosial, Zahira mempertikaikan tindakan sebuah portal yang melaporkan bahawa Fyna dan madunya Datin Zalina Zaini sudah berbaik. “Kenapa perlu muat naik semula cerita empat bulan yang lepas? Also, ibu saya tidak berdamai dengan sesiapa dan berita ini tidak benar. Untuk pengetahuan semua, ayah saya sudah melepaskan Fyna. Tolong padam hantaran ini, terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat mengesahkan dia sudah menjadi isteri Zainal pada Januari lalu tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya. Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.