Kemelut rumah tangga masih belum selesai, pelakon Diana Danielle tampil memberi bayangan mengenai suaminya iaitu aktor Farid Kamil langsung tidak mengenali dirinya. Ia berikutan sebelum ini Farid pernah mendakwa bahawa rumah tangga mereka pernah diganggu oleh pihak ketiga.
Bagaimanapun Diana menegaskan rasa cinta yang sudah pudar membuatkan dia tidak mampu menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan orang lain menghancurkan hatinya lagi. Jika awak fikir sejenak yang saya ada orang lain, itu adalah bukti asas awak tidak mengenali saya dengan baik.
Selepas rasa cinta terhadap awak sudah pudar, hati saya tidak boleh lagi menanggung untuk membiarkan orang lain menghancurkannya,” katanya menerusi Instastory. Pada 12 April lalu, Farid sudah membuat permohonan maaf kepada Diana susulan dakwaan wujud orang ketiga sehingga isterinya itu sanggup memfailkan cerai awal Mac lalu.
Permohonan maaf itu bukan sahaja kepada Diana tetapi ibu mentuanya iaitu Norsiah Ramli. Keretakan perkahwinan pasangan ini masih belum menemui jalan penyelesaian apabila pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih ada perasaan sayang.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Kredit Awani. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.