Penyanyi dan penyampai radio, Mawi mendedahkan dirinya pernah berdepan detik menakutkan apabila seolah-olah pergi menghadap illahi selama 15 minit didakwa akibat terkena sihir. Memetik Harian Metro, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, berkata, kejadian yang berlaku tujuh tahun lalu itu amat menakutkan dan menginsafkan kerana hampir meragut nyawanya. Jelasnya lagi, selepas sahaja sedar daripada tempoh tersebut, dia terus meraung dan menangis.
“Ketika itu saya tidak sedarkan diri seolah-olah pergi menghadap illahi selama 15 minit. Saya sedar semula apabila bahagian kepala terasa sejuk dan mendapati isteri saya, Ekin sedang membasahkan kepala saya. Ketika itu dia meraung dan menangis sambil mengelap cairan merah yang berlumuran di seluruh badan saya. Kejadian ini turut disaksikan oleh kembar Ekin iaitu Ain dan bapa saudara saya yang berada di hospital ketika itu. Saya memang tak ingat apa yang berlaku. Dalam pada itu, pelantun lagu Kian itu berkata, dia melihat isterinya, Ekin mengelap dan mencuci cairan merah yang keluar daripada mulutnya seperti ‘lava’ gunung berapi.
Susulan kejadian itu, Mawi menjelaskan dia hampir mengambil keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan serta merta. Namun, niatnya itu tidak menjadi kenyataan apabila dia masih memikirkan tentang minatnya yang suka menyanyi, berlakon dan mengarah. Disebabkan kejadian itu, saya hampir membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan. Rasa fobia juga selepas apa yang terjadi. Ekin pun minta saya berhenti menyanyi dan keluar dari industri hiburan.
Saya berfikir juga tapi saya suka menyanyi, berlakon, buat filem dan sebagainya. Allah sudah letak saya di sini, jadi saya buat yang terbaik saja dan tawakal. Selepas kejadian itu saya suka menulis skrip dan mengarah. Saya lebih jadi seorang pemikir. Ketika itu juga datang tawaran mengarah. Sejak itu saya lebih suka dalam dunia pengarahan. Mawi berkata, peristiwa itu turut membuatkan dia terpaksa menyepikan diri daripada industri hiburan buat sementara waktu. Bagaimanapun, Mawi tidak menuduh atau mengesyaki ia kerja tak elok dari mana-mana pihak, sebaliknya bertindak memperbaiki kekurangan dirinya.
sumber: Harian metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.