Gambar sekadar hiasan
Berita pemergian dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan setahun di Kelantan yang dikaitkan dengan strok haba telah mengejutkan ramai orang. Ia berikutan cuaca panas berpanjangan yang dialami negara sehingga Julai ini seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Menurut laporan, tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga), sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius. Orang yang tidak biasa dengan cuaca panas berisiko lebih tinggi untuk terkena strok haba. Ini disebabkan badan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suhu yang mendadak.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa strok haba hanya gejala yang ringan namun sebenarnya jika tidak ditangani dengan betul, gejala strok haba ini boleh membawa bahaya. Justeru, seorang doktor perubatan yang popular di media sosial, Dr Ahmad Samhan berkongsi cara-cara yang boleh mengelakkan kanak-kanak daripada terkena strok haba. Menerusi perkongsian beliau di laman Twitter, Dr Samhan mengatakan bahawa strok haba bukan sahaja boleh berlaku kepada manusia tetapi juga kepada haiwan. Golongan yang berisiko terkena strok haba ialah kanak-kanak, warga emas yang mengalami pelbagai penyakit, atlet yang terdedah kepada cahaya matahari, pekerja di kawasan terbuka dan individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama.
Tanda dan simptom strok haba. Suhu badan meningkat sehingga 40 darjah celsius atau lebih tinggi lagi. Peluh keluar banyak. Muka berubah merah. Sakit kepala. Mual-mual. Muntah-muntah. Rasa haus yang berlebihan. Air kencing berwarna keruh. Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut. Jantung berdegup dengan lebih kencang. Ruam merah timbul pada kulit. Pengsan atau tidak sedarkan diri
Cara ibu bapa elak anak terkena strok haba. Pastikan rumah anda mempunyai aliran udara yang baik bagi mengelakkan anak tersedut karbon dioksida terlalu banyak. Laraskan suhu penyaman udara kepada 24°C kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas. Elakkan dari membiarkan anak anda tidur dengan berselimut. Sekiranya anak anda mengadu kepanasan, segera bantu anak untuk turunkan suhu dengan mengelap muka dan badan mereka dengan kain lap yang basah. Strok haba boleh diramal dan boleh dicegah. Yang penting kena sentiasa berjaga-jaga dengan cuaca panas.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.