Narsistik membawa maksud kepada seseorang yang mempunyai gangguan mental. Nama saintifiknya, Narcissistic Personality Disorder (NPD) di mana seseorang itu beranggapan bahawa dirinya jauh lebih penting daripada orang lain. Ia juga termasuk dalam terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri.
Baru-baru ini, fesyen Aina Abdul dikritik hebat oleh warganet terutamanya ketika menjadi juri untuk rancangan Big Stage. Mereka menyifatkan pakaian Aina Abdul terlalu berlebihan sebagai seorang juri. Namun Aina Abdul menjelaskan bahawa, itu adalah platform dia untuk mengetengahkan serta memberi peluang kepada pereka fesyen baharu untuk menyerlahkan bakat mereka.
Katanya lagi, menjadi juri selama 10 minggu dalam rancangan itu, membolehkan Aina Abdul berkolaborasi dengan 10 pereka fesyen baharu yang hebat. Tambahnya pula, setiap rekaan yang dipakai atau yang akan dipakai olehnya mempunyai maksud yang tersendiri.
Dipetik dari temubual Aina Abdul bersama media F8Buzz, dia menjelaskan bahawa dirinya terluka apabila membaca komen sebegitu namun dia terima dengan hati yang terbuka. Bagi Aina Abdul, tidak semua orang yang suka akan dirinya. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.