“Mana ada bapa sanggup tengok anak tidur dalam kereta, tapi apakan daya, saya terpaksa luah.” Demikianlah kata-kata Razak yang sudah hampir 10 bulan tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya bersama isteri dan tiga orang anaknya. Razak memberitahu, dia sekeluarga terpaksa hidup dalam keadaan tersebut sambil bekerja sebagai seorang pomen di sekitar lebuh raya Gombak, Selangor hingga Karak. Oleh itu, mereka sekeluarga juga perlu berpindah tempat untuk bermalam di sekitar kawasan tersebut di dalam kereta miliknya.
Menurut Razak, sekitar Mac lalu dia pernah mendapat pertolongan daripada seseorang yang membenarkan keluarganya tinggal bersama di rumah milik individu terbabit di Karak, Pahang. Namun, mereka sekeluarga hanya tinggal di situ selama sebulan sahaja selepas ada masalah yang berlaku di antara keluarganya dan pemilik rumah berkenaan. Dalam pada itu, hasil pendapatan yang diperoleh Razak kebiasaannya hanya sekitar RM130 hingga RM200 sehari daripada khidmat membaiki kereta dan ianya cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan makan minum dan keperluan anak-anak mereka.
Bagaimanapun, Razak memberitahu isterinya dilihat redha dengan ujian hidup yang harus ditempuhi bersamanya tapi tidak dinafikan, dia sebagai ketua keluarga berasa sedih. “Bapa mana tak sedih tak sedih sebab kita ni seorang suami dan ketua rumah. Nak buat macam mana, bila minta kerja susah dapat. Jawapan biasa sama ada dah penuh atau suruh tunggu panggilan,” jelasnya. Maklumat terkini mengenai Razak, dia kini diwadkan di Hospital Temerloh selepas disyaki mengalami ketumbuhan di bahagian leher.
Anak dan isterinya buat masa ini menerima bantuan daripada pihak hospital untuk bermalam di sebuah bilik di pusat kesihatan tersebut sementara menunggu Razak selesai mendapatkan rawatan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.