Pelakon Janna Nick mendedahkan dia telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berhubung kontroversi majlis resepsi perkahwinannya tempoh hari. Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, dia mengakui kesilapan kerana kelalaian berpunca dari dirinya sendiri.
Saya minta maaf itu adalah kealpaan saya. Saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan Ustaz Wadi. Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama yang ada di Malaysia. Saya sebagai orang yang cetek ilmu sangat menghormati mereka semua.
Kalau mahu bandingkan nama saya dengan beliau sangat jauh beza. Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan kontroversi ini,” ujar Janna. Janna yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka sebentar tadi berharap orang ramai berhenti mengaitkan Ustaz Wadi dengannya.
Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak lagi kaitkan nama Ustaz Wadi dengan saya. Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan dia,” kata Janna. Tambah Janna, dia sama sekali tidak menyangka kehadiran Ustaz Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub akan menimbulkan kontroversi.
Malam itu juga, dia ada menyampaikan ceramah bertajuk Memimpin Isi Rumah Ke Syurga. Disebabkan itu, Ustaz Wadi tahu ada undangan perkahwinan dan saya tidak tahu hukum dalam Islam kalau sudah jemput orang itu, wajib hadir. Semoga semua orang boleh hentikan isu ini dan tidak berlaku perbalahan. Niat saya hanya mahu mohon keberkatan daripada orang yang ilmunya tinggi untuk mendoakan perkahwinan saya,” jelas pelantun lagu Gatal itu lagi.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila netizen meluahkan rasa segan melihat kehadiran agamawan itu ke majlis resepsi pasangan berkenaan yang bertema ala kebaratan. Wadi Annuar yang duduk di barisan hadapan tetamu pada majlis itu juga kelihatan janggal apabila perlu melihat pakaian pengantin serta tetamu yang hadir dalam keadaan seksi dan tidak menutup aurat.
Janna dan pelakon, Dini Schatzmann melangsungkan perkahwinan di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada 10 Jun lalu. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.