Penyanyi Datin Alyah berkongsi pengalaman misteri dialami ketika merakamkan lagu keroncong berjudul Alunan Biola yang pernah dipopularkan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma. Alyah berkata, ketika kejadian itu dia terdengar ada suara lain yang turut menyanyikan ketika merakamkan lagu berkenaan. Kejadian berlaku sekitar 2003 atau 2004. Masa itu, saya merakamkan lagu ini untuk program radio terbitan RTM.
Proses rakaman dibuat di studio Rentak 50. Ketika proses rakaman dijalankan, saya terdengar suara lain turut bergema dan menyanyikan lagu Alunan Biola bersama saya,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati. Alyah atau nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hassan memberitahu lebih menyeramkan apabila dimaklumkan ada beberapa kejadian pelik berlaku kepada penyanyi yang pernah merakamkan lagu klasik berkenaan.
Selepas rakaman lagu, keesokannya saya terus demam. Tubuh saya juga terketar-ketar. Saya diberitahu oleh juruaudio ada beberapa penyanyi lain turut demam selepas merakamkan lagu ini,” kata isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS itu.
Mengulas mengenai perkembangan terkini, Alyah yang pernah tampil dengan lagu ketuhanan Thank You Allah berkata dia dalam proses mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Eilayka yang berentak Arab hasil ciptaannya bersama Firdaus Rahmat dan kolaborasi bersama Ustazah Asni Mansor. Proses rakaman video muzik lagu itu saya dilakukan di Dubai.
Insya-Allah kami merancang untuk pelancaran video muzik itu selepas Aidiladha, tetapi promosi lagu ini akan berjalan seperti biasa,” kata Alyah ketika ditemui pada sidang media Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia di Istana Budaya, baru-baru ini. Selain Alyah, konsert berkenaan turut membariskan penyanyi legenda seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan penyanyi Korea Selatan, Han Byul.
Turut serta memeriahkan konsert berkenaan Rizal Ahmad, Jamilah Abu Bakar dan Rasyidah Abd Rahim. Bercerita lanjut mengenai pembabitan dalam konsert berkenaan Alyah mengakui terkejut ditawarkan menyanyikan lagu bergenre keroncong.
Kali terakhir saya menyanyikan lagu keroncong pada awal kemunculan saya dalam bidang seni. Ketika itu saya selalu diundang oleh RTM untuk menjayakan persembahan yang memerlukan saya menyanyi lagu yang hit atau digemari pendengar. Itu pun lagu moden yang diubah versi keroncong.
Memang tidak dinafikan, lagu keroncong sukar dinyanyikan terutama daripada segi kawalan pernafasan. Saya pula baru lepas menjalani pembedahan bariatrik dan sudah tentu ia sangat mencabar buat saya. Apa-apa pun, saya teruja dapat mencabar diri dan berkongsi pentas dengan penyanyi legenda,” katanya.
Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia anjuran Irama Studios dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos depan. Tiket menyaksikan konsert itu dijual bermula antara RM88 hingga RM588. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut