PENUNGGANGÂ motosikal yang melwn arus disyaki menyebabkan pemergian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi pada Rabu, tampil menyerahkan diri kepada polis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, suspek berusia 41 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian, di Kajang, pada Jumaat. “Suspek dalam perjalanan pulang ke rumah di Kajang dari Ampang tetapi tersesat dan mengambil keputusan untuk memasuki jejambat Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dengan melawan arus lalu lintas.
“Suspek kemudian bertembung dengan mngsa menyebabkan kejadian tak diingini dan dia turut terjatuh dari motosikalnya. Selepas kejadian, sspk terus pulang ke rumah dan hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa mngsa setelah menonton berita di televisyen dan hebahan di media sosial,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu. Mohd Azam berkata, suspek dibebaskan buat masa ini akibat kelukaan teruk yang dialaminya.
“Hasil pemeriksaan mendapati sspk mengalami pelbagai kelukaan antaranya patah bahu kanan, patah jari kelingking selain luka pada bahu kiri dan kaki kanan. “Antara beberapa barang yang dirampas untuk siasatan adalah motosikal milik suspek. “Setakat ini, polis telah merakamkan keterangan enam saksi termasuk suspek,” katanya. Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, mngsa, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62, dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ulu Kelang.
Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, mngsa dilihat menunggang motosikal jenis Ducati di sebuah laluan berselekoh cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang secara melwn arus. Bagaimanapun, motosikal sasaran terbabas melnggr penghadang sebelah kiri jalan dan sebelum terhumban dari atas jejambat lebuh raya pada ketinggian kira-kira 30 meter, manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan. Sasaran pergi menghadap illahi di lokasi kejadian. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.