Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima meluahkan rasa berang terhadap beberapa portal berita terlibat di Facebook yang didakwa melakukan posting bersifat penipuan mengenai dirinya di media sosial.
Menerusi Insta Stories, Baby Shima dilihat memuatnaik tangkap layar keratan artikel di Facebook, menegaskan bahawa pihak peguamnya bakal mengambil tindakan dalam masa 24 jam pada portal berita di Facebook yang dikenali sebagai Informasi Viral dan Media Puyu jika posting mengenai Baby Shima masih ada pada portal berkenaan.
Mendakwa portal berita terlibat telah menggunakan dirinya untuk menipu orang ramai, Baby Shima turut memberikan amaran bahawa dia bakal mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang telah melakukan hantaran berunsur fitnah serta mengambil kesempatan kepada dirinya di media sosial.
Terdahulu, Baby Shima dilihat pernah mengambil tindakan terhadap seorang warganet dengan mendedahkan wajahnya di media sosial selepas mendapat kiriman mesej berbabur lucah di Instagram. Menerusi tangkap layar DM yang dikongsikan di IG, individu lelaki berkenaan bertanya kepadanya berapakah deposit yang harus dibayar untuk ‘bermain’ selama dua jam.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.