Percutian bersama orang yang tersayang sepatutnya dapat mengabadikan momen-momen yang indah. Namun berbeza bagi pelakon, Zulin Aziz apabila mengalami gangguan mistik ketika bercuti bersama suaminya, Farhan Norzaini.
Pengalaman seram itu dikongsi sendiri oleh Zulin menerusi Tiktok, menyatakan bahawa dia alami gangguan mistik sehingga hampir tiba waktu subuh. Tambahnya lagi, Zulin turut berkongsi bahawa dia diganggu dengan bunyi bising, salakan anjing serta bunyi perabut yang seolah-olah ditarik oleh ‘seseorang’ membuatkan dirinya bergegas untuk checkout dari hotel berkenaan keesokan harinya.
Perkongsian Zulin turut mendapat pelbagai reaksi warganet, malah ada yang berkongsi pengalaman seram mereka ketika bercuti di Cameron Highland. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.