Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah membuka ruangan sesi soal jawab bersama para pengikutnya di platform Instagram dan tampil menjawab beberapa soalan diajukan kepadanya. Namun, antara yang menarik perhatian adalah terdapat beberapa individu bertanyakan kepada pemilik nama Nurshahila binti Amir Amzah mengenai penerimaan bakal ibu mentua memandangan dia berstatus ‘janda’. Pelatun lagu Patah Seribu itu berkata, restu seorang ibu adalah penting meskipun salah seorang pasangan memegang status ‘janda’, lebih-lebih dapat bakal suami lebih muda.
“Itulah, restu ibu dia sangat penting. Cuba minta pasangan anda untuk bercakap secara serius dengan ibunya. Memang benda ini terpulang pada anak itu (pasangan) sendiri meletakkan usaha. Kalau awak seorang pujuk memang penat dan makan hati,”kongsinya. Bagaimanapun, Shila meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki seorang bakal ibu mentua yang penyayang dan menerimanya dengan hati terbuka. Dalam hantaran berikutnya, Shila yang mesra disapa Sha sendiri akui tunangnya, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berdepan dengan tekanan lebih-lebih lagi mengenai status kewangan.
“Sejujurnya, dia memang tertekan. Tapi Sha (Shila) memang cakap dengan dia, usaha dan doa untuk kita capai sama seperti Sha. Untuk masa sekarang ni, memang tak mungkin, asalkan kita dapat selesaikan nafkah dan apa-apa yang patut seperti insurans dan perancangan masa depan dengan membeli rumah. Cukup untuk sekarang,”jawabnya lagi. Sementara itu, Shila juga akui bukan senang buat ibunya memberi restu seperti sekarang ini. Namun, kini tiada lagi kerana sebarang keputusan untuk bahagia terletak pada diri sendiri.
“Ramai saja bekas kekasih sayang kena reject dengan mak saya sebelum ini. Sekarang saya okey, sebab keputusan di penghujung jari. Kita boleh memilih kebahagiaan dan bertanggungjawab dengan keputusan sendiri,” jelasnya. Sebelum ini, tunang Shila iaitu Ubai menyatakan yang mereka bakal bernikah dalam tahun ini juga. Namun, perancangan tersebut turut bergantung kepada kondisi ibunya, ibunya, Rohani Jamal, 52, yang disahkan menghidap sakit ovari tahap 3 sejak enam bulan yang lalu. Untuk rekod, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki pada tahun 2018.
Namun begitu, perkahwinan mereka hanya bertahan 4 tahun sahaja apabila mengambil keputusan untuk berpisah sekitar Februari tahun lalu setelah dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais yang kini berusia 2 tahun. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.