IBU kepada Virgoun iaitu Eva Manurung kecewa apabila pengorbanan anaknya itu disia-siakan oleh Inara selepas sanggup memeluk Islam untuk berkahwin dengannya. Eva berkata dia tidak pernah merestui perkahwinan anaknya itu memandangkan pasangan berkenaan sebelum ini tidak pernah meminta izin untuk bernikah. Jelasnya, dia juga mengetahui anaknya itu memeluk Islam seminggu sebelum mereka berkahwin.
“Mereka tidak ada minta izin atau beritahu saya, seminggu sebelum nikah baru saya tahu Virgoun masuk Islam,” katanya memetik laporan Detikhot. Kata Eva disebabkan perbuatan anaknya itu dia juga dibli oleh rakannya semasa mengunjungi tempat ibadah. Eva bagaimanapun sudah melupakan hal tersebut memandangkan Virgoun berubah menjadi lebih baik selepas memeluk Islam. Namun dia kecewa apabila perkahwinan anaknya itu diambang perpisahan sekali gus menuduh Inara tidak menghargai pengorbanan Virgoun. “Saya lihat anak saya sudah berkorban tapi dia mensia-siakan anak saya. Jadi saya marah!” luahnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.