Pelakon dan model Cathryn Li, 33, tidak sengaja dedahkan memiliki lebih RM40 juta dalam akaun banknya pada sebuah hantaran di Instagram Story. Niat asal Cathryn adalah meluahkan rasa tidak puas hati dan menyertakan tangkap skrin akaunnya ditolak RM28 tetapi terlupa menutup bahagian jumlah bakinya.
Sekali gus, dia kantoi memiliki duit simpanan sebanyak RM40,360,535.25 itu. Justeru, ia menjadi bualan ramai selepas tangkap skrin berkenaan jadi tular dan ramai kagum dengan kekayaannya.
Namun begitu, hantaran terbabit tidak bertahan lama. Sebaik menjadi bualan ramai, Cathryn kemudian memadamnya. Wanita yang juga pemain piano, atlit kecergasan, dan penari ballet kelahiran Malaysia itu cukup berpengaruh di media sosial.
Akaun Instagramnya saja memiliki lebih tiga juta pengikut. Sebelum terkenal, dia pernah belajar bermain piano di Konservatori Muzik Birmingham. Kekayaannya itu dikatakan tidaklah mengejutkan semua pihak kerana ramai tahu Cathryn memang kaya.
Dia pernah berkongsi bil makanan di Jepun yang lebih RM100,000 pada tahun 2021.Selain itu, dia juga mempunyai banyak koleksi kereta mewah. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.