PENYANYIÂ Shila Amzah tampil menjawab status hubungan ibu bapanya iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang dikatakan bergolak sejak April lalu. Menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, mereka masih lagi berstatus suami isteri berdasarkan maklumat pada borang pernikahannya dengan Ubai yang diisi oleh bapa sebagai wali. “Disebabkan semua urusan borang perkahwinan saya sudah diselesaikan, maksudnya mereka masih bersama (suami-isteri)… Itulah status mereka secara rasmi. “Mereka tahu apa yang perlu diutamakan, malah majlis pernikahan saya juga nanti, bapa sudah menandatangani borang untuk menjadi wali,” katanya.
Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Rockmantic Night Judika and The Gang yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin. Ditanya soal kehadiran ND Lala pada majlis tunangnya Mei lalu, Shila memberitahu bapanya hadir atas dasar tanggungjawab dan ikatan kekeluargaan. Shila bagaimanapun berkata dia enggan mengulas lanjut tentang hubungan ibu dan bapanya itu, malah penyanyi lagu Pelukan Angkasa ini juga mengakui tidak ambil tahu urusan peribadi mereka.
“Saya tidak berani nak beri sebarang komen bagi pihak mereka (ibu bapa) sebab yang berkahwin mereka berdua. Saya tak tahu dan tidak mengambil tahu urusan mereka… bapa hadir ke majlis pertunangan saya tempoh hari pun atas dasar kekeluargaan… begitulah,” ujarnya. Walaupun orang tuanya berdepan isu rumah tangga, Shila menganggap segala yang berlaku itu dugaan dan ujian dalam hidup.Malah, dia bersyukur hubungannya dengan tunang iaitu Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, tidak terkesan dan masih berada dalam keadaan baik.
“Saya menganggap apa juga yang berlaku sebagai asam garam kehidupan dan fasa bertunang. Banyak sebenarnya dugaan tetapi Alhamdulillah antara saya dan Ubai, kami tidak mempunyai sebarang masalah,” katanya. Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat. Kemunculan ND Lala pada majlis pertunangan mereka menarik perhatian sekali gus memberi bayangan kemelut melandanya sekeluarga sudah kembali pulih. Pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dipercayai individu yang menjadi perosak rumah tangganya.
Fauziah pada 3 April lalu juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan perpisahan terhadap ND Lala, namun dinafikan adik Shila iaitu Syada Amzah. Untuk rekod, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.